Lebih 2,000 pelajar, asnaf terima sumbangan zakat Andalusia Travel & Tours

KOTA BHARU – Lebih 2,000 pelajar dan golongan asnaf di negeri ini menerima sumbangan zakat berjumlah RM408,600 hasil inisiatif tanggungjawab sosial pengendali pakej haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Faizin di sini.Bendahari Masjid Imanul Faizin, Rohani Md Yusof berkata, program tersebut merupakan kali kedua dianjurkan tahun ini selepas pelaksanaan sebelumnya sempena Aidilfitri lalu."Ia bagi membantu meringankan beban kewangan penerima, khususnya menjelang sesi persekolahan baharu."Kesemua agihan zakat dilaksanakan secara serentak bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara lebih tersusun dan berkesan."Sumbangan ini diharap dapat dimanfaatkan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak serta membantu meringankan beban kewangan ibu bapa," katanya.Menurut beliau, seramai 1,888 pelajar daripada 17 buah sekolah rendah dan menengah menerima sumbangan tunai RM200 setiap seorang, manakala 100 orang asnaf dari kampung berhampiran turut menerima jumlah sama.Selain itu, ujarnya, bantuan asnaf bulanan turut disalurkan kepada 49 penerima melibatkan peruntukan RM11,000.