LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi saksi pertemuan penuh makna apabila Engku Emran bertemu pasangan pengantin baharu, Erra Fazira dan Muhammad Ezwan Zain, yang turut hadir menghantar Engku Aleesya berlepas ke luar negara.Pertemuan itu mencuri perhatian apabila Engku Emran sempat bergambar berdua bersama Ezwan, sekali gus mengalu-alukan kehadiran lelaki itu sebagai ahli baharu dalam keluarga mereka.Momen ringkas itu mencerminkan kematangan hubungan antara dua figura penting dalam kehidupan Aleesya.Tanpa perlu kata-kata panjang, sekeping foto sudah cukup menggambarkan penerimaan dan keharmonian demi kebahagiaan anak perempuan mereka.Hantaran Engku Emran menerusi Instagram miliknya menarik perhatian ramai."Selamat datang ke dalam keluarga, Mr E! Akhirnya dapat juga bertemu dengan bapa tiri Aleesya."Aleesya telah ditawarkan tempat untuk mengikuti kursus jangka pendek di Oxford, United Kingdom hasil pencapaian cemerlangnya dalam peperiksaan IGCSE."Jadi, kami bertiga menghantarnya berlepas di KLIA pagi semalam," kongsi Engku Emran menerusi kapsyennya.Aleesya sebelum ini menerima tawaran mengikuti kursus jangka pendek di Oxford, United Kingdom hasil pencapaian cemerlang dalam peperiksaan IGCSE.Tawaran tersebut menjadi satu kebanggaan bukan sahaja buat Erra Fazira sebagai ibu, tetapi juga Engku Emran sebagai bapa yang sentiasa menyokong perjalanan akademik anaknya.Pagi itu, Erra dan Ezwan hadir bersama-sama menghantar Aleesya, memperlihatkan peranan Ezwan sebagai figura sokongan dalam fasa baharu kehidupan remaja itu.Komunikasi yang matangKehadiran mereka bertiga di KLIA melambangkan sebuah keluarga moden yang dibina atas dasar saling menghormati dan komunikasi yang matang.Dalam suasana yang penuh emosi tetapi terkawal, perpisahan itu diraikan dengan senyuman, pelukan dan doa. Terserlah sokongan bersama daripada kedua-dua ibu bapa, walaupun melalui jalan hidup yang berbeza.Kisah ini bukan sekadar tentang seorang anak yang terbang jauh mengejar ilmu, tetapi juga tentang keluarga yang memilih untuk bersatu hati.Dalam dunia hari ini, itulah definisi sebenar kasih sayang, meletakkan kepentingan anak sebagai keutamaan, dan meraikan setiap fasa kehidupan dengan tenang dan matang. - Sinarplus