Pemandu ambulans didakwa rogol anak tiri

SEREMBAN - Pemandu ambulans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya, tiga tahun lalu.Tertuduh, berusia 45 tahun yang juga merupakan penjawat awam membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh telah merogol seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 14 tahun di ruang tamu dan bilik tidur sebuah kuaters kerajaan di Port Dickson.Kesalahan berkenaan dilakukan pada 15 April 2022, jam lebih kurang 2 pagi dan 1 Ogos 2022, jam 3 pagi.Berikutan itu tertuduh yang merupakan penjawat awam telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.Peguam, M.Gopinathan memaklumkan kepada mahkamah yang penjamin tertuduh hadir.Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan dan memohon perbicaraan kes diteruskan mengikut peruntukan Seksyen 254(a) Kanun Tatacara Jenayah.Mahkamah menetapkan jaminan RM9,000 dengan syarat tambahan sama seperti sebelum ini serta menyerahkan pasport.Sebutan semula kes untuk perbicaraan 28 Mei hingga 23 Mei tahun hadapan.Sinar Harian pada Februari lalu melaporkan, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan mangsa sama yang mana hubungan tertuduh dengannya tidak dibenarkan di bawah undang-undang untuk berkahwin dengannya.Perbuatan itu dilakukan pada 14 April 2022 dan 31 Julai 2022 antara jam 2 pagi hingga 3 pagi di lokasi sama.Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku salah atas pertuduhan terbabit