Kuala Lumpur - Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN untuk menilai perkembangan terkini ketegangan sempadan yang berterusan antara Kemboja dan Thailand telah ditangguhkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut beliau, kedua-dua negara jiran itu telah meminta sedikit penundaan mesyuarat yang pada asalnya dijadualkan esok."Mereka (Kemboja dan Thailand) meminta sedikit penundaan mesyuarat. Oleh itu, kita menangguhkannya bagi memastikan semuanya berjalan dengan teratur."Bagaimanapun, kita terus menyeru kedua-dua pihak agar menghentikan sebarang pertikaian. Keadaan kini sangat kritikal, dan saya terus berhubung secara maya dengan mereka setiap hari," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan terkini ketegangan sempadan antara Kemboja dan Thailand.Perdana Menteri berkata demikian selepas merasmikan pelancaran buku The Man Who Could Move Mountains: Reflections on the Social Activism of S.M. Mohamed Idris di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia di sini, pada Isnin.Turut hadir ialah Menteri Pendidikan; Fadhlina Sidek; Yang Dipertua Dewan Rakyat; Tan Sri Johari Abdul; Pengerusi IAIS, Prof. Dr. Maszlee Malik dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Wong Chun Wai.AKAN MENYUSUL