Rumah tiga tingkat rupanya markas bungkus dadah

SHAH ALAM - Kegiatan sindiket yang menjadikan sebuah rumah teres tiga tingkat di Kajang sebagai stor dan tempat pembungkusan dadah sejak tiga bulan lalu digempur polis baru-baru ini.Serbuan 8 Disember lalu dijalankan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hasil maklumat dan risikan itu berjaya menahan tiga suspek terdiri daripada dua wanita tempatan serta seorang lelaki asing.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, dadah yang dirampas seberat kira-kira 81 kilogram (kg) berjumlah RM10.4 juta.Menurutnya, rampasan melibatkan 1,539 paket disyaki serbuk ekstasi seberat kira-kira 50 kilogram (kg), ketamin (21.5 kg), pil ekstasi (2.5 kg), syabu (980 kg), pil eramin 5 (3.5 kg) serta pil yaba (587 gram)."Selain itu, polis merampas 1,600 batang rokok mengandungi disyaki dadah bunga ganja dengan anggaran berat 2 kg selain 400 kotak minuman dan botol disyaki berisi cecair ekstasi dengan isipadu kira-kira 195.50 liter."Kesemua dadah ini dipercayai untuk pasaran di sekitar Lembah Klang," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin.Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek berperanan sebagai pembungkus sebelum dadah itu diedarkan.Tambahnya, dua suspek wanita yang masih bujang itu dipercayai menerima bayaran upah RM5,000, manakala suspek lelaki dikatakan baru mula bekerja selepas memasuki negara ini pada 25 November lalu.Katanya lagi, semakan lanjut juga dijalankan dengan Jabatan Imigresen Malaysia mengenai status lelaki warga asing terbabit apabila tiada cap jari kemasukan pada pasport miliknya."Polis sedang giat mengesan dalang dan rangkaian lain bagi mengetahui lebih lanjut modus operandi selain harga pasaran minuman dadah itu," ujarnya.Tegasnya, kesemua suspek disiasat mengikut Selsyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 selain tindakan sitaan sebuah Honda City serta enam unit barang kemas bernilai RM52,600 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.Justeru, Polis Selangor mengalukan orang awam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah terutamanya melibatkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah bagi membantu usaha membanteras secara berterusan.