Rugi RM155,788 beli set periuk secara 'online'

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai sebuah syarikat mengalami kerugian RM155,788 selepas ditipu ketika membeli set periuk berjenama dari luar negara secara dalam talian.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, berkata wanita berusia 50 tahun itu melihat iklan penjualan set periuk berkenaan di aplikasi Instagram pada September lalu."Mangsa membuat pembelian satu set periuk secara dalam talian dan melakukan pembayaran awal ke sebuah akaun bank diberikan penjual."Selepas itu, mangsa diminta membuat beberapa bayaran tambahan kononnya bagi tujuan pelepasan kastam, wang jaminan dan yuran pentadbiran oleh individu yang menyamar sebagai pekerja penjual, pegawai kastam dan pegawai bank negara," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Chang Hook berkata, mangsa kemudian membuat pelbagai transaksi pemindahan wang ke 18 akaun bank yang berbeza atas arahan suspek."Sehingga kini, mangsa mendakwa masih tidak merima barang berkenaan dan suspek memberikan pelbagai alasan mengenai perkara itu."Mangsa kemudian menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan hingga membabitkan kerugian sebanyak RM155,788," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang pembelian dalam talian," katanyaMenurutnya, masyarakat perlu mengambil inisiatif untuk lebih peka dan waspada ketika membeli barangan terutama dalam talian dengan memastikan penjual atau platform itu boleh dipercayai."Orang ramai juga digalakkan untuk menyelidik reputasi penjual, membaca ulasan pengguna sebelum membeli, menggunakan cara pembayaran selamat dan menjauhi tawaran yang terlalu murah atau luar biasa."Sekiranya ragu-ragu, lebih baik menolak transaksi daripada menjadi mangsa penipuan," katanya.