KUALA LUMPUR, 16 Dis – Malaysia menetapkan sasaran tinggi untuk mencapai RM100 bilion dalam jualan francais negara menjelang 2030. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sasaran itu mampu dicapai sekiranya industri francais mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan antara lapan hingga 10 peratus, selain giat mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa. “Lebih banyak jenama Malaysia perlu meneroka pasaran global, [...]