Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dibentang tahun depan - Anwar

KUALA LUMPUR - Pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 akan dibentang di Dewan Rakyat tahun depan, bagi memperjelas perbezaan antara pemberi maklumat tulen dan penjenayah yang cuba berselindung di sebalik undang-undang berkenaan.Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pindaan itu penting bagi menutup sebarang kelompongan yang boleh disalahgunakan, khususnya oleh perasuah atau penjenayah tegar yang mendakwa bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.Namun, Anwar berkata, perlindungan itu tidak wajar diberikan secara membuta tuli sehingga menjadikan penjenayah atau perasuah diangkat sebagai ‘wira’ semata-mata kerana mereka membuat pendedahan selepas melakukan kesalahan serius."Pemberi maklumat perlu dibezakan dengan jelas daripada penyamun atau perasuah tegar yang cuba bersembunyi atas nama whistleblower (pemberi maklumat). Ini dua perkara yang mesti dibezakan dengan jelas," katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara pagi ini.Perdana Menteri menjawab pertanyaan Senator Amir Md Ghazali mengenai langkah kerajaan dalam memperkukuh integriti dan ketelusan penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang penyalahgunaan kuasa dan ketirisan dalam agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).