PRK Kinabatangan, Lamag berjalan serentak

PUTRAJAYA - Hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berjalan serentak pada 24 Januari 2026.Menerusi sidang akhbar khas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun turut mengumumkan tarikh kempen berlangsung selama 14 hari bermula 10 hingga 23 Januari.PRK Kinabatangan dan Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu di sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu, Sabah.Bung Moktar,66, mempertahankan kerusi Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 baru-baru ini dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.Pada Pilihan Raya Umum ke-10 iaitu pada November 1999, beliau memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dan telah berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu selama enam penggal.Dilahirkan pada 15 Sept 1959 di Sukau, Kinabatangan, Allahyarham meninggalkan isteri Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, serta tujuh orang anak.AKAN MENYUSUL