SHAH ALAM - Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan supaya Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli Abdul Halim memangku tugas Pengerusi MPN Melaka berkuat kuasa 15 Disember 2025.Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, ketetapan itu dibuat susulan keputusan parti untuk merehatkan Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin daripada menjalankan tugas sebagai Pengerusi MPN Melaka.Menurutnya, Adam Adli akan menjalankan tanggungjawab sebagai Pemangku Pengerusi MPN Melaka sehingga dimaklumkan kelak."Biro Politik PKR telah membuat ketetapan bahawa Adam Adli akan memangku tugas Shamsul Iskandar sebagai Pengerusi MPN Melaka berkuat kuasa 15 Disember 2025," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Bagaimanapun, Dr Fuziah menjelaskan bahawa jawatan Shamsul Iskandar sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal dan tidak terjejas dengan keputusan tersebut.Pada November lalu, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.Pengumuman itu dibuat susulan beliau dikaitkan dengan satu kontroversi apabila seorang ahli perniagaan, Albert Tei memetik nama individu berkenaan dalam satu skandal perlombongan.Shamsul Iskandar dan Albert Tei berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.Mereka turut berdepan satu pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam melibatkan jumlah RM64,924 berkaitan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.