'Kami rancang, tetapi ALLAH tentukan segalanya' - Keluarga lelaki maut dilanggar lari

KUALA LUMPUR – "Kami sekeluarga hanya mampu merancang, tetapi ALLAH menentukan segalanya."Itu luahan pilu ahli keluarga Muhammad Harish Aiman Mat Zahid, 25, menerusi hantaran di TikTok mengenai pemergiaan Allahyarham yang baru sebulan mendirikan rumah tangga.Kebahagiaan yang baru dikecapi penghantar barangan itu bertukar tragedi selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Kuchai Lama di sini pada 8 Disember lalu.Allahyarham Muhammad Harish Aiman disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada keesokan harinya, 9 Disember 2025 kira-kira jam 7.11 pagi akibat kecederaan parah.Kejadian tersebut menjadi perhatian ramai selepas rakaman video kemalangan itu tular di media sosial.Menurut ahli keluarga, Allahyarham Muhammad Harish Aiman melangsungkan perkahwinan dengan isterinya, Rashidah Shahira Shamsuddin, 24, pada 7 November lalu dalam satu majlis yang diadakan di Pahang.Lebih memilukan, majlis bertandang sebelah pihak lelaki dijadualkan berlangsung pada 13 Disember lalu."Untuk majlis pihak lelaki sepatutnya pada 13 Disember, tetapi hajat arwah tidak tercapai," tulis ahli keluarga arwah dalam hantaran tersebut.Difahamkan, semua persiapan perkahwinan termasuk barangan hantaran dan cenderahati majlis disediakan sendiri oleh Allahyarham Muhammad Harish Aiman dan telah siap sebelum kejadian tragis itu."Hantaran semua hasil air tangan arwah sendiri. Tak sempat arwah nak merasa semua barang hantaran."Kad nikah pun baru siap tapi arwah tak sempat nak tengok," katanya.Dalam pada itu, keluarga Allahyarham turut merayu agar keadilan dapat ditegakkan buat Muhammad Harish Aiman dan berharap individu terbabit dalam nahas tersebut tampil memberikan keterangan."Semoga kita semua doakan agar keadilan tercapai untuk arwah. Kami juga berharap pelaku tampil berani untuk memberi keterangan dan bertanggungjawab atas perbuatannya," katanya.Sementara itu, polis mengesahkankemalangan maut pada 8 Disember lalu itu mengorbankan seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penularan rakaman kamera papan pemuka memaparkan kejadian yang dimuat naik di TikTok dan siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan.