Anwar umum barisan Kabinet baharu petang ini

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman khas berkaitan Kabinet kerajaan pada jam 3.30 petang ini.Perkara itu disahkan beliau menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi."Insya-ALLAH petang ini saya akan membuat pengumuman khas terkait Kabinet Kerajaan Madani."Kerajaan Madani akan terus memberi keutamaan untuk memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar demi kesejahteraan rakyat dan negara," katanya.Sebelum ini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun dilapor telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara pagi tadi, dipercayai berhubung rombakan Kabinet.Pada 5 Disember lalu, Perdana Menteri mengesahkan akan mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua parti sebelum memuktamadkan senarai nama bagi mengisi beberapa kekosongan Kabinet, dalam tempoh terdekat.