Amaran hujan berterusan: Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing dalam tahap buruk

JOHOR BAHRU -  Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing dikategorikan dalam Tahap Buruk susulan amaran hujan berterusan sehingga lusa di negeri ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keadaan itu berisiko menyebabkan banjir besar, banjir kilat, peningkatan mendadak paras sungai serta gangguan kepada jalan utama dan operasi lapangan."Penduduk di kawasan rendah, berhampiran sungai dan pesisir pantai dinasihatkan supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.Sementara itu, beliau memaklumkan, Tahap Waspada melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, dengan hujan berterusan berpotensi mengakibatkan banjir setempat dan gangguan pergerakan harian.Katanya, sebagai langkah kesiapsiagaan awal, semua Pegawai Daerah di kawasan terlibat telah dimaklumkan secara langsung dan kini berada dalam keadaan siap siaga, manakala Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah bersedia digerakkan pada bila-bila masa mengikut keperluan. - Bernama