PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying kini bertukar portfolio ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Menerusi pengumuman khas oleh Perdana Menteri pada Selasa, Hui Ying menggantikan jawatan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dinamakan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.Sementara di Kementerian Kesihatan (KKM), Timbalan Menterinya bertukar dengan Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib menggantikan Datuk Lukanisman Awang Sauni yang ke Kementerian Luar sebagai Timbalan Menteri menggantikan Datuk Mohamad Alamin.Mohamad ke di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai Timbalan Menteri.Jawatan Menteri Kesihatan kekal diterajui oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.