Amaran hujan lebat berterusan di Pantai Timur dan Johor hingga Khamis

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini hingga Khamis.Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata amaran tahap buruk yang dikeluarkan pada jam 4.45 petang ini melibatkan Dungun dan Kemaman di Terengganu, manakala di Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan serta Rompin sementara di Johor kawasan terlibat adalah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota TinggiSelain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama juga diramal melanda seluruh Kelantan serta Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu.Amaran tahap waspada itu juga melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang serta daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca serta saluran media sosial rasmi MetMalaysia dan talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. - Bernama