Jenama Lang Bragman diiktiraf Malaysia Book Of Records

KUALA LUMPUR - Lang Bragman sebuah jenama probiotik oleh Pharm-D Health Science Sdn Bhd telah diiktiraf sebagai ‘Rangkaian Produk Probiotik Tempatan Terbesar’ oleh Malaysia Book of Records.Pengiktirafan ini diberikan kepada Pharm-D Health Science atas rangkaian produk probiotik yang merangkumi lebih daripada 34 formulasi untuk memenuhi pelbagai keperluan kesihatan.Berasaskan sains, keselamatan dan inovasi, formulasi probiotik Lang Bragman menggunakan strain probiotik berpaten dan disokong oleh bukti saintifik. Semua produk Lang Bragman diperbuat di kilang pembuatan yang disahkan GMP serta mematuhi piawaian Halal.Kini, produk probiotik Lang Bragman boleh didapati di lebih daripada 800 farmasi dan pusat perubatan di seluruh Malaysia dan Singapura - diantarannya termasuk rangkaian farmasi di bawah Kumpulan BIG CARiNG seperti BIG Pharmacy, CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Ting Pharmacy serta Wellings Pharmacy.Menurut Ketua Pengarah Kumpulan Pharm-D Health Science, Wong Chin Cheang, pencapaian berkenaan amat bermakna kerana ia mencerminkan tahap kepakaran mereka di bidang probiotik."Lang Bragman berjaya berkembang menjadi sebuah jenama probiotik yang semakin menyeluruh melalui penyelidikan dan amalan kualiti yang ketat."Ini membuktikan bahawa Malaysia mampu menghasilkan produk probiotik yang dipercayai, berasaskan sains, dan sesuai untuk kegunaan masyarakat tempatan dan serantau," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.Pharm-D Health Science ditubuhkan pada tahun 2001 dengan  bermula sebagai syarikat farmaseutikal yang menumpukan kepada penyakit jarang jumpa dan keperluan perubatan khusus.Pada 2021, Pharm-D Health Science mengembangkan portfolionya melalui penggabungan strategik dengan Attivo Healthcare, syarikat pengasas Lang Bragman.Attivo Healthcare yang diitubuhkan pada 2014,  pada awalnya memberi tumpuan kepada peranti perubatan dan suplemen nutrisi sebelum beralih ke arah penyelidikan probiotik sebagai langkah strategik pengembangan ke bidang kesihatan.Menjelang 2016, Attivo menumpu sepenuhnya kepada penyelidikan probiotik dan melancarkan jenama Lang Bragman, yang kini menjadi nama terkemuka di pasaran kesihatan tempatan.Sejak penggabungan tersebut, Pharm-D Health Science mengembangkan usaha penyelidikan mikrobiomnya melalui kejuruteraan pembuatan dan kerjasama penyelidikan dengan institusi dan universiti awam seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), serta Universiti Jiangnan di China bagi tujuan kerjasama antarabangsa.Langkah tersebut turut menghasilkan inovasi seperti bahan postbiotik berpaten di Malaysia dan juga formulasi probiotik untuk kesejahteraan minda.Pengiktirafan Lang Bragman sebagai ‘Rangkaian Produk Probiotik Tempatan Terbesar’ bukan sekadar menonjolkan kepelbagaian dan keseluruhan rangkaian produk, tetapi juga manfaatnya terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.Lang Bragman merupakan salah satu jenama probiotik pertama di Malaysia yang menggunakan bahan postbiotik berpaten yang diperbuat daripada sumber makanan tempatan seperti durian dan sayur kobis, dalam formulasi probiotiknya bagi meningkatkan keberkesanan serta kesesuaian produk dengan mikrobiom masyarakat tempatan.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIG CARiNG, Lee Meng Chuan, pihaknya berbesar hati dapat memperluaskan akses kepada produk probiotik khusus daripada jenama Lang Bragman seperti Pyloress, Infabac dan Femiclear kepada keluarga di Malaysia."Produk-produk ini merupakan antara formulasi probiotik khusus terawal yang diperkenalkan di Malaysia dan kami berbangga menjadi kumpulan farmasi pertama yang membawanya kepada komuniti."Sebagai ahli farmasi komuniti, kami juga melihat peningkatan minat terhadap pilihan kesihatan yang boleh dipercayai dan berasaskan penyelidikan, merangkumi keperluan pencernaan, penjagaan bayi dan kanak-kanak, serta kesihatan wanita," ujar beliau.Jelas Meng Chuan lagi, kerjasama pihaknya dengan Pharm-D Health Science mencerminkan komitmen Kumpulan BIG CARiNG dalam menyokong dan memperkukuh kesihatan serta kesejahteraan masyarakat, selaras dengan keyakinan bersama untuk memajukan penjagaan kesihatan melalui inovasi."Kami berbangga dapat bekerjasama dengan organisasi yang membawa pilihan kesihatan inovatif dan berasaskan sains melalui rangkaian farmasi kami yang dipercayai," tambahnya.Pengiktirafan Malaysia Book of Records mengesahkan Lang Bragman sebagai salah satu contoh kejayaan tempatan dalam bidang sains probiotik dan mikrobiom, yang berteraskan inovasi penyelidikan, pembuatan beretika dan aspirasi memajukan kesihatan negara.Ketua Pengarah Kumpulan Pharm-D Health Science, Wong Chin Cheang berkata pencapaian tersebut bukan hanya milik Pharm-D Health Science, tetapi seluruh masyarakat Malaysia."Ia membuktikan bahawa kita mempunyai bakat, keupayaan dan visi untuk menerajui inovasi kesihatan yang berkesan dan bertaraf tinggi. Misi Pharm-D Health Science adalah memperkenalkan dan menerajui inovasi kesihatan berasaskan sains demi kesejahteraan semua," katanya.