BALING - Suspek yang menyerang nenek dan moyang dalam kejadian di Kampung Baru Bakai di sini dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak menikam mangsa.Adik perempuan suspek berusia 19 tahun berkata, sebelum kejadian, abangnya disyaki mengalami gangguan perasaan serta halusinasi dengan bercakap sendirian namun tidak pernah mengganggu sesiapa."Saya dan abang selalu mai rumah tok (nenek) di sini sebab kami tinggal bersama mak di Penaga, Pulau Pinang tapi abang sudah lama tak mai sini kira-kira enam bulan juga la."Pastu dia kata kat mak, cepat la sikit nak balik rumah tok, mak bagitau tak ada duit, nak balik macam mana... dia kata, 'kami ada duit, kalau tak balik, menyesal!', " katanya.Bagaimanapun, dia dan ibu tiada di lokasi semasa kejadian memandangkan sudah berpatah balik semula ke Penaga.Difahamkan, suspek mula menyerang moyang sebelum ditegur neneknya yang turut menjadi mangsa serangan."Saya dapat tahu, mula tu abang buat kat moyang dulu, lepas tu tok tegur, 'buat apa kat tok nek tu, dia dah tua'... lepas tu dia serang tok pula," katanya.Menurutnya, rumah itu didiami nenek, moyang, ibu saudara perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 28 tahun dan seorang lagi bapa saudaranya namun semasa kejadian hanya ada mangsa dan suspek.Katanya, lepas menikam nenek, suspek beritahu mangsa tidak sedarkan diri dan meminta ahli keluarga buat laporan polis memaklumkan kejadian itu."Lepas kejadian, abang kata lekas, tengok tok tu, pengsan ka apa tak tau... Pi buat report polis cepat, " katanya.Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditahan polis dipercayai menikam nenek sehingga maut serta menetak moyang hingga parah dalam kejadian lebih kurang 7 petang Selasa.Dalam kejadian itu, nenek mangsa meninggal dunia sementara moyang mereka parah di leher akibat ditetak.