MELAKA - Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar menafikan sebarang penglibatan dalam memberi sokongan terhadap kutipan dana seperti tular di media sosial baru-baru ini.Rakaman video itu tersebar di aplikasi TikTok sejak Selasa namun telah diturunkan pada hari sama.Dzulkhairi berkata, rakaman suara yang didakwa menggunakan suaranya itu dipercayai telah dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)."Itu adalah AI. Suara saya kononnya memberi sokongan kepada kutipan dana dan sebagainya."Benda ini memang saya tak ambil pusing kerana kalau kita dengar pun, kita tahu ia bukan suara sebenar."Sekarang ini macam-macam suara digunakan, bukan suara saya sahaja, suara ketua-ketua dan orang lain pun turut disalah guna," katanya.Justeru beliau meminta masyarakat menyemak kesahihan sesuatu berita bagi mengelak terpedaya dengan kandungan palsu."Saya berharap masyarakat dapat menilai sama ada sesuatu perkara itu betul atau tidak sebelum mempercayainya," katanya.