PETARUNG muda negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar menghadiahkan pingat emas acara Muay Thai lelaki 57 kilogram (kg) kepada Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 selepas menewaskan wakil tuan rumah, Suphakon Sirilun pada aksi final di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok pada Rabu.Beraksi dalam penampilan sulung di temasya dwitahunan itu, Miki mempamerkan ketenangan dan disiplin tinggi meskipun berdepan lawan yang mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah.Pusingan pertama menyaksikan atlet berusia 16 tahun itu mengawal perlawanan dengan kemas untuk mendahului 10-9, sebelum Suphakon meningkatkan tekanan menerusi aksi agresif pada pusingan kedua.Bagaimanapun, keupayaan Miki membaca pergerakan lawan dan mengekalkan konsistensi serangan membolehkannya sekali lagi meraih kelebihan 10-9 di pusingan kedua.Di pusingan ketiga, kedua-dua atlet mempamerkan aksi agresif tetapi kemenangan akhirnya berpihak kepada Miki.Kemenangan itu mengesahkan kemenangan pingat emas buat kem negara.Terdahulu, emas pertama negara dalam Muay Thai diperolehi menerusi Wassof Rujiman yang menewaskan wakil tuan rumah, Thongchai Huanak dalam kategori 54kg.