Tiada dapatan fakta syarikat terlibat kegiatan keagamaan - Atomy Malaysia

SHAH ALAM - Atomy Malaysia Sdn Bhd menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang dapatan fakta bahawa syarikat itu terlibat dalam sebarang kegiatan keagamaan.Syarikat itu berkata, penjelasan dibuat untuk mengelakkan sebarang kekeliruan susulan kenyataan-kenyataan sedang tersebar dalam talian dan keputusan Mahkamah Tinggi pada Isnin lalu berhubung prosiding undang-undang timbul daripada penerbitan dalam talian berkaitan Atomy Malaysia Sdn Bhd.Menurutnya, isu tersebut tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah, tidak pernah dipohon untuk diputuskan dan tidak pernah diadili, serta tiada sebarang dapatan sedemikian dibuat oleh mahkamah."Setelah pertimbangan yang teliti, Atomy Malaysia Sdn Bhd telah membuat keputusan untuk merayu (appeal) terhadap keputusan tersebut."Pengemukaan rayuan ini bermakna perkara ini masih berada di hadapan mahkamah dan belum muktamad," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Tambah kenyatan itu, Atomy Malaysia beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah entiti komersial dan menghormati semua agama serta kepercayaan.Prinsip itu dinyatakan dengan jelas dan nyata dalam perjanjian keahlian serta terma dan syarat Atomy Malaysia, yang melarang penggunaan platform atau perniagaan Atomy bagi tujuan keagamaan, perkauman atau politik.Syarikat mengekalkan satu rangka kerja pematuhan syariah yang khusus, termasuk sebuah pasukan pematuhan syariah dalaman yang memantau aspek integriti halal.Selain itu, pematuhan syariah ketat dilaksanakan yang diketuai oleh Penasihat Syariah berkelayakan, bertauliah dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut.Atomy Malaysia turut berjaya mengekalkan Audit Pematuhan Syariah selama tiga tahun berturut-turut sejak memperoleh pensijilan MS 1900:2014 pada tahun 2022."Ini membuktikan komitmen berterusan syarikat terhadap pematuhan, pemantauan dan penambahbaikan pematuhan syariah secara holistik," menurut kenyataan itu.Atomy Malaysia Sdn Bhd kekal komited sepenuhnya terhadap amalan perniagaan yang sah di sisi undang-undang, beretika dan telus di Malaysia.Oleh demikian, pihak media dan orang ramai dinasihatkan supaya hanya bergantung kepada maklumat tepat dan dikeluarkan melalui saluran rasmi Atomy Malaysia, serta berhenti daripada menyebarkan tafsiran mengelirukan atau tidak tepat berhubung keputusan mahkamah itu.