BALING - Jenazah warga emas maut akibat ditikam cucu pada Selasa, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakai di sini pada Rabu.Proses pengebumian yang dihadiri kira-kira 50 ahli keluarga dan penduduk kampung itu selesai sekitar jam 9.05 malam.Terdahulu, jenazah yang dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, tiba di rumahnya di Kampung Baru Bakai kira-kira jam 8 malam sebelum dibawa ke Masjid Jamek Kampung Surau Bakai untuk disembahyangkan.Sebelum ini, media melaporkan, seorang warga emas berusia 65 tahun maut ditikam cucu sementara ibu mangsa, berusia 80 tahun cedera parah di leher akibat ditetak.Cucu lelaki berusia 21 tahun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), disyaki mengalami halusinasi semasa kejadian sebelum mengamuk dan menyerang kedua-dua mangsa.Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.