Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan

KLANG – Pergaduhan yang berlaku di kawasan Taman Sentosa di sini berakhir tragedi apabila seorang lelaki maut dipercayai ditetak pada Rabu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat mengenai kejadian itu menerusi panggilan kecemasan MERS 999 kira-kira jam 11.10 malam.Beliau berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut membabitkan seorang mangsa lelaki berumur lingkungan 34 tahun."Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dipercayai akibat ditetak sebelum disahkan meninggal dunia."Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, motif kejadian masih dalam peringkat siasatan."Polis giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta punca sebenar kejadian."Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan," katanya.Menurutnya, sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-665 0895 atau Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222.