AMPANG - Aktiviti seorang lelaki memikat spesies burung dilindungi dipercayai untuk dipelihara dan dijual menjerat diri selepas ditahan Jalan Kuala Klawang - Genting Peres - Semenyih di sini pada Selasa.Tangkapan dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, aktiviti lelaki itu dikesan semasa Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 12/20205 Zon Selatan kira-kira jam 4.40 petang."Siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 36 tahun itu sedang melakukan aktiviti memikat burung di kawasan hutan lokasi terbabit."Pemeriksaan lanjut ke atas lelaki yang tidak mempunyai permit atau lesen dari Jabatan Perhilitan itu menemui hidupan liar disyaki burung sambar dan burung daun," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Beliau berkata, pasukan operasi telah menyita satu unit sangkar dan karung selain telefon bimbit, motosikal serta kunci.Tambah Abdul Kadir, jumlah nilai keseluruhan sitaan ialah RM9,460.Kata beliau, siasatan awal juga mendapati lelaki itu dipercayai aktif memikat burung di sekitar hutan di kawasan Ampang dan Hulu Langat dan kali terakhir memikat burung pada Isnin lalu sebelum ditahan."Sebahagian daripada hasil tangkapan dipelihara dan ada juga yang dijual."Berdasarkan maklumat, suspek ada memuat naik status WhatsApp untuk menjual burung," ujarnya.Tegasnya, lelaki terbabit telah dibawa ke Balai Polis Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.End..