Lebih 9,300 mangsa banjir direkod di 89 PPS empat negeri

SHAH ALAM - Seramai 9,362 mangsa banjir di empat negeri ditempatkan di 89 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat kemaskini jam 9.05 pagi Khamis.Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), angka tersebut merangkumi 3,005 keluarga, terdiri daripada 3,021 lelaki dan 3,033 wanita.Ia merangkumi seramai 864 warga emas, orang kurang upaya (OKU) (305), kanak-kanak (3,016) dan bayi (292).Jumlah mangsa banjir tertinggi direkodkan di Pahang iaitu seramai 8,528 mangsa dari 2,765 keluarga melibatkan 73 PPS untuk lima daerah di Kuantan, Maran, Rompin, Pekan dan Jerantut.Di Terengganu, seramai 487 mangsa banjir daripada 150 keluarga ditempatkan di 12 PPS melibatkan dua daerah iaitu Kemaman dan Dungu.Ia diikuti dengan Johor yang mencatatkan seramai 347 mangsa banjir daripada 90 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS di Mersing.Manakala satu PPS telah dibuka di Kelantan namun, belum merekodkan sebarang mangsa banjir setakat ini.-Tamat-