SHAH ALAM - Keyakinan rakyat Malaysia terhadap hala tuju negara terus mencatatkan peningkatan kepada 69 peratus pada November lalu berdasarkan dapatan pemantauan kos sara hidup yang dilakukan firma penyelidikan pasaran, Ipsos Malaysia.Ia naik berbanding 66 peratus direkodkan pada Januari lalu sekali gus menunjukkan secara puratanya sebanyak tujuh daripada 10 rakyat Malaysia percaya bahawa negara negara sedang bergerak ke arah yang betul.Pengarah Urusan Ipsos Malaysia, Arun Menon berkata, pengukuhan keyakinan rakyat Malaysia terhadap hala tuju negara itu mencerminkan sentimen positif yang semakin meningkat terhadap langkah-langkah dasar terkini kerajaan."Malaysia kini berada sebagai negara yang paling optimis dari segi ekonomi di rantau ini, berbeza dengan penurunan keyakinan di beberapa negara Asia Tenggara yang lain.**media[3375605]*"Menyokong trend ini, kebimbangan awam terhadap kemiskinan, pengangguran dan rasuah telah berkurangan, menandakan kepercayaan yang lebih tinggi terhadap kestabilan negara. Tahap optimisme ini turut diterjemahkan kepada hasrat perbelanjaan isi rumah yang lebih tinggi, melebihi purata global," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Arun memaklumkan, berdasarkan dapatan, di Singapura keyakinan rakyat terhadap hala tuju negara itu menurun kepada 77 peratus pada November 2025 berbanding 84 peratus pada Januari 2025 sementara di Indonesia berkurang kepada 75 peratus (pada November 2025) berbanding 78 peratus pada (Januari 2025).Tegasnya, peningkatan ketara dari segi sentimen dan optimisme terhadap ekonomi global di Malaysia mencerminkan pertumbuhan ekonomi negara yang terkini serta pengukuhan ringgit berbanding mata wang utama."Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus dari tahun ke tahun pada suku ketiga 2025, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh, eksport yang berdaya tahan serta pelaburan yang stabil."Ini menandakan kadar pertumbuhan suku tahunan terpantas dalam setahun dan membawa sasaran penuh tahunan berada dalam jangkauan. Pelaburan Langsung Asing (FDI) bersih meningkat kepada RM8.5 billion, mencerminkan keyakinan pelabur yang berterusan, manakala inflasi kekal rendah sekitar 1.3 peratus, sekali gus membantu mengekalkan kuasa beli pengguna," tambahnya.Mengulas lanjut, Arun berkata, bantuan bersasar kerajaan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Budi Madani RON95 (BUDI95) serta penyesuaian tarif elektrik, terus mengurangkan tekanan kewangan harian dan mengukuhkan sentimen positif.Kata beliau, seiring dengan peningkatan keyakinan ekonomi, rakyat Malaysia menjangkakan pendapatan boleh guna yang lebih tinggi serta taraf hidup yang lebih baik pada tahun 2026."Penekanan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) pada pertumbuhan pendapatan, perlindungan sosial dan pengurusan kos sara hidup dijangka memperkukuh pencapaian semasa serta meningkatkan kesan jangka panjangnya," ujarnya.