'Saya tak mahu buat kenyataan bodoh' - Kamal Adli

PELAKON Kamal Adli menyatakan untuk terus mempertahankan rumah tangganya dengan Uqasha Senrore.Dia yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menyatakan, keputusan tersebut dilakukan demi cahaya mata tunggalnya, Uqaira Hawra."Saya akan dengar keputusan hakim hari ini. Saya akan pertahankan selagi mampu."Semua ini ada prosedurnya, kita ikut sahaja."Kalau ALLAH kata jodoh itu masih ada, adalah. Saya pun fight untuk anak," katanya.Pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, itu sempat meluahkan prosedur di mahkamah adalah satu-satunya jalan yang ada untuk menyelamatkan rumah tangga."Ruang untuk saya fight hanya di mahkamah sahaja."Untuk berdepan dengannya (Uqasha) memang tiada ruang buat masa ini kerana ada beberapa halangan."Saya juga mengikut cara dan jalan betul. Saya tidak akan ke tepi, ke bawah atau mengeluarkan kenyataan yang bodoh," kongsinya.Ditanya mengenai anak tercinta, pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu berkata baharu sahaja bertemu si kecil itu beberapa hari lalu."Saya baharu bertemu Hawra dua tiga hari lepas. Dua kali saya berjumpanya, Alhamdulillah."Foto di Instagram itu pertemuan kami dua hari lalu. Alhamdulillah, saya gembira dan seronok," kongsinya.Kamal hadir bersama peguam syarie, Abdul Hadi Mohamad Salleh.Dalam prosiding pada 19 November lalu, kedua-dua pihak selesai melantik jawatankuasa pendamai.Uqasha terdahulu memfailkan permohonan perceraian pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.Difahamkan, pasangan itu juga tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya.Untuk rekod, Uqasha dan Kamal diijab kabul pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Uqaira Hawra, 20 bulan. - Sinarplus