KUALA LUMPUR – Pelakon, Uqasha Senrose, 33, mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga termasuk dipukul ketika hamil sepanjang empat tahun perkahwinannya bersama Kamal Adli.Uqasha memaklumkan suaminya sering naik tangan disebabkan sikap baran yang tidak boleh ditegur, selain tidak bertoleransi dalam soal penjagaan anak serta mengabaikan kebersihan rumah tangga."Rumah jadi seperti rumah orang bujang. Kawan lelaki dia pula kerap keluar masuk rumah hingga saya dan anak tidak mempunyai privasi."Selama empat tahun dia mendera mental dan emosi saya, malah ketika saya sarat mengandung tujuh bulan pun dia sanggup menolak saya dan menarik rambut," katanya dalam nada sebak ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis.AKAN MENYUSUL