'Demi ALLAH, saya tak pernah pukul isteri' - Kamal Adli nafi dakwaan kasari Uqasha, sanggup junjung al-Quran

"DEMI ALLAH, saya berani junjung al-Quran, saya tak pernah memukul isteri saya."Demikian ketegasan yang dibuat pelakon Kamal Adli yang tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan melakukan keganasan terhadap isterinya, Uqasha Senrose.Menurutnya, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah satu fitnah yang mencalar nama baiknya sebagai suami dan bapa.Dengan nada tegas, Kamal berkata dia berani bersumpah dan menjunjung al-Quran bagi menafikan dakwaan mendera serta memukul isterinya sepanjang tempoh perkahwinan mereka."Dakwaan ini salah dan saya sudah agak perkara ini."Demi ALLAH saya berani junjung. Letak atas nama mak ayah saya, saya tak pernah," katanya lagi.Tambah Kamal, tuduhan itu sepatutnya disertakan dengan bukti kukuh sekiranya benar berlaku, bukannya sekadar dakwaan lisan."Kenapa baru sekarang nak cerita semua ini? Ada bukti apa? Laporan perubatan ke, laporan polis ke, atau video menunjukkan saya pukul dia? Tolong."Saya tak tumbuk dia. Ini satu fitnah. Silakan," katanya lagi.Kenyataan itu dibuat ketika Kamal ditemui selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.Meskipun tengah berdepan tekanan dan diaibkan di khalayak, pelakon Bahagia Yang Tertangguh itu mengakui masih berpegang pada prinsip untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta.Malah, dia memilih untuk menyimpan banyak perkara berkaitan perkahwinannya daripada dikongsi kepada umum."Dia isteri saya. Orang yang saya kahwin atas dasar cinta, bukan paksaan. Daripada kenyataan saya ini, saya masih tak buka apa-apa pasal isteri. Cukuplah saya simpan."Tapi saya rasa terlalu melampau. Kalau betul dia mahu saya ceraikan dia, sampai tahap itu dia buka semua hal," luahnya dengan nada penuh makna.Menurut Kamal, dia hanya melalui proses yang ditetapkan dan bersedia menerima apa jua keputusan sekiranya tiada jalan penyelesaian."Pada akhirnya, kalau prosedur ini tak ada persetujuan, insya-ALLAH benda itu akan putus juga."Saya cuma berjuang dan guna saluran yang betul sahaja," katanya tenang.Apabila ditanya mengapa dia masih teguh mempertahankan rumah tangga, Kamal tanpa ragu menyebut satu nama yang menjadi kekuatan utamanya, anak perempuan mereka, Hawra Uqaira."Sebab anak saya, Hawra. Saya tengok dia dan saya tahu dia tak mahu ada ‘broken family’. Itu sahaja."Saya tak ada isu lain dan hal ini sebenarnya dah lama selesai."Cuma hari ini saya rasa kena tegas. Saya datang sini untuk lindungi, untuk pertahankan rumah tangga saya. Saya tak burukkan dia pun," jelasnya.Untuk rekod, mahkamah menetapkan prosiding perceraian antara pasangan berkenaan disambung pada 12 Januari depan. Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.Untuk rekod, Kamal dan Uqasha berkahwin pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan. - Sinarplus