Lelaki didenda RM10,000 lindungi dua PATI

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membenarkan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk atau tinggal di premisnya, awal bulan ini.Hakim Nazlyza Mohamad Nazri menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Syazwan Che Roni, 40, serta memerintahkan lelaki itu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.Ahmad Syazwan didakwa membenarkan dua individu warga Thailand iaitu Kakoh Mr Machwal, 20, dan Chesoh Mr Ermanan, 28, untuk masuk atau tinggal di dalam premisnya iaitu sebuah kedai makan di Kampung Rhu Renggeh, Chendering, di sini kira-kira 4.15 petang pada 1 Disember.Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 55E(2) akta sama, yang memperuntukkan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih dari RM30,000 atau dipenjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap pendatang tanpa izin yang dijumpai di premis.Di mahkamah sama, Nazlyza menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau tiga bulan jika gagal membayar denda kepada seorang lagi majikan iaitu Raja Siti Saqirah Raja Jusoh, 32, atas perbuatan dan kesalahan yang sama.Wanita itu didakwa di bawah akta sama kerana membenarkan seorang warga Indonesia bernama Dahlia, 54, untuk masuk atau tinggal di dalam kedainya di Chukai, Kemaman pada 27 November.Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam, manakala kes dikendalikan Unit Pendakwaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu. - Bernama