Harimau Muda bawa pulang gangsa

SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) negara menamatkan kempen Sukan SEA Thailand 2025 dengan meraih pingat gangsa selepas menewaskan Filipina 2-1 pada perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Khamis.Anak buah Nafuzi Zain bangkit daripada kekecewaan gagal ke final untuk menghadiahkan kemenangan bermakna buat negara.Aksi 20 minit pertama berlangsung perlahan dengan kedua-dua pasukan berhati-hati dan gagal mencipta peluang berbahaya.Malaysia membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Danish Hakimi Sahaludin yang pantas menyambar bola di depan gawang selepas berlaku kekalutan dalam kotak penalti Filipina susulan sepakan penjuru.Bagaimanapun, Filipina menyamakan kedudukan apabila Haqimi Azim Rosli tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit ke-36 hasil lontaran jauh pemain lawan, Antoine Ortega yang menewaskan penjaga gol negara, Zulhilmi Sharani.Gol itu tidak menjejaskan momentum Harimau Muda apabila Haqimi Azim segera menebus kesilapan dengan meledak gol kedua Malaysia pada minit ke-43.Jaringan tersebut terhasil menerusi gerakan terbuka apabila penyerang KL City FC itu bijak melepasi dua kawalan pemain Filipina sebelum mudah menolak masuk bola ke gawang terbuka.Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat ditiup.Sebelum ini, Malaysia tewas 0-1 kepada tuan rumah Thailand dalam aksi separuh akhir yang menyaksikan skuad negara beraksi dengan 10 pemain.Kegagalan mara ke final itu menyaksikan Malaysia masih menanti kemaraan ke perlawanan akhir buat edisi keempat berturut-turut, dengan kali terakhir layak ke final pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.Pingat emas terakhir dimenangi Malaysia adalah pada edisi 2011 di Jakarta.