Wan Rosdy Tinjau Keadaan Mangsa Banjir di PPS, Nasihat Sentiasa Waspada

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Jaya Gading, di sini, bagi meninjau keadaan semasa serta memastikan kebajikan penduduk yang terjejas akibat banjir sentiasa terpelihara. Beliau berkata, setakat ini urusan penyelarasan dan penyampaian bantuan kepada mangsa banjir berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, agensi keselamatan, [...]