KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat apabila seramai 11,981 orang daripada 3,960 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 malam, Khamis.Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, sebanyak 78 PPS telah dibuka di lima daerah, dengan Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu 9,730 orang di 46 PPS.Daerah lain yang terjejas ialah Maran 915 mangsa (10 PPS), Temerloh pula 882 mangsa membabitkan 11 PPS, diikuti Rompin 429 mangsa (8 PPS) dan seramai 25 mangsa di Jerantut dengan tiga PPS dibuka.Sementara itu, menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), 13 sungai di negeri ini telah melepasi paras bahaya.Antara yang teruk termasuk Sungai Belat di Sri Damai dengan bacaan 5.67 meter dan Sungai Keratong di Kampung Rekoh, Rompin 31.77 meter.Sungai-sungai lain yang turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Kuantan (Kuantan By Pass), Sungai Soi (Jalan Pekan-Kuantan), Sungai Lepar (Jambatan Gelugor), Sungai Tanum (Jambatan Chegar Perah), serta Sungai Pahang di Kuala Tembeling.Selain itu, 11 sungai lain berada pada paras amaran, termasuk Sungai Pahang di Lubuk Pasu dan Kuala Krau (Temerloh), Sungai Pahang di Waterfront (Bera), serta Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Kampung Merting (Jerantut).Lima stesen lagi dilaporkan berada pada paras waspada.Habis