Suami isteri maut, anak cedera pacuan empat roda terbabas masuk parit

KUALA PENYU - Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama anak mereka terbabas dan terbalik ke dalam parit dalam kejadian di Jalan Kuala Penyu–Bandau, di sini petang Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, pemandu lelaki berusia 50 tahun bersama isterinya, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anak mereka yang berusia lapan tahun dibawa ke Hospital Kuala Penyu untuk mendapatkan rawatan lanjut.Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Wong Leong Meng berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dinaiki tiga individu."Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari arah Kuala Penyu menuju ke Bandau."Sebaik tiba di kawasan Pantai Pimping, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke dalam parit di sebelah kiri jalan."Akibat kejadian itu, pemandu dan isterinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak mereka dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Beliau menambah, siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi kejadian, manakala mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Beaufort untuk bedah siasat."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya la