TIADA wakil Malaysia dalam acara beregu lelaki di pusingan separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 selepas dua pasangan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun gagal melepasi peringkat kumpulan hari ini.Pada aksi di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur tewas kepada pasangan India, Chirad Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 21-17, 18-21, 15-21 dalam perlawanan yang mengambil masa satu jam 10 minitKeputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik menamatkan saingan Kumpulan B di tempat ketiga.Nasib sama turut dialami Wei Chong-Kai Wun yang tunduk kepada beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Sung Jae 25-23, 21-14, 19-21, sekali gus menamatkan saingan Kumpulan A di tempat ketiga.Terdahulu, dua wakil negara berjaya melayakkan diri ke separuh akhir menerusi juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta pemenang pingat emas beregu wanita Sukan SEA Thailand, Pearly Tan-M Thinaah. - Bernama