Lotus’s teruskan inisiatif #KitakanJiran bantu mangsa banjir

PETALING JAYA - Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) meneruskan inisiatif #KitakanJiran bagi membantu mangsa yang terkesan banjir pada tahun ini dengan memperuntukkan bantuan bernilai RM80,000.Pengarah Eksekutif Khidmat Korporatnya, Azliza Azmel berkata, usaha itu adalah kesinambungan untuk bantuan misi banjir yang mula diperkenalkan sejak 2021."Tahun ini, pihak kami mengambil langkah proaktif dengan menyediakan 800 kotak kit kebersihan diri yang mengandungi tuala, sabun, berus gigi dan tuala wanita dan sebagainya dengan nilai setiap kotak RM100."Pemilihan kit penjagaan diri ini dipilih kerana ia menjadi antara keperluan penting kepada mangsa terjejas selain makanan."Kotak bantuan yang disediakan pihak kami untuk keperluan lima orang bagi satu keluarga. Kami berharap dengan adanya bantuan sebegini mangsa dapat terus menjaga kebersihan diri ketika berada di pusat pemindahan nanti," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan kotak kit kebersihan diri Misi Bantuan Banjir Lotus’s 2025 di Lotus’s Ara Damansara di sini pada Khamis.Menurutnya, bagi edisi tahun ini, pihaknya memilih bekerjasama dengan Malaysian Relief Agency (MRA) dan Global Ehsan Relief Malaysia untuk menyalurkan bantuan berupa kit kebersihan diri.Mengulas lanjut mengenai pemilihan kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan sebagai rakan kerjasama bagi tahun ini, Azliza berkata, beberapa faktor diambil kira pihaknya."Kami memilih untuk bekerjasama dengan MRA dan Global Ehsan Relief Malaysia adalah untuk memastikan operasi bantuan ini lebih teratur memandangkan kedua-duanya mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan bencana banjir serta ada rangkaian di lapangan yang kukuh."Jadi, kita serahkan kotak bantuan ini supaya mereka dapat segera salurkan kepada mangsa yang terjejas memandangkan tahun ini banyak gelombang banjir dijangka berlaku khususnya di negeri yang kerap dilanda banjir seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor," katanya.Kerjasama dengan NGOMenurutnya, sebelum ini pihak Lotus’s Malaysia menjalin kerjasama dengan beberapa NGO lain seperti Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tujuan sama.Kali ini katanya, dua NGO berkenaan pula dipilih sebagai usaha untuk mengembangkan lagi kerjasama dengan pelbagai pihak yang terlibat dalam agihan bantuan di negara ini."Kami sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjalin kerjasama dengan NGO yang ada di Malaysia ini memandangkan pihak kami turut aktif dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR)."Dengan adanya rangkaian hubungan yang lebih kukuh, ia secara tidak langsung membantu pihak kami menyalurkan bantuan berdasarkan program atau inisiatif sedia ada," katanya.Beliau menambah, kebanyakan produk yang terdapat dalam kotak bantuan yang disediakan tersebut terdiri daripada barangan jenama Lotus’s.Dalam pada itu, Azliza turut berterima kasih kepada 50 sukarelawan terlibat yang terdiri daripada kakitangan Lotus’s Malaysia dalam melancarkan lagi misi bantuan tersebut.Menurutnya, komitmen ditunjukkan itu jelas memperlihatkan semangat untuk menghulurkan bantuan kepada kakitangannya sentiasa tinggi."Seperti yang kami tahu, terdapat juga kakitangan kami yang turut terjejas akibat bencana alam seperti banjir. Jadi, denganadanya bantuan ini diharap mampu meringankan beban mereka."Kepada rakyat Malaysia yang berada di kawasan berisiko banjir diingatkan agar sentiasa menjaga diri dan berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku,"katanya.Ujarnya, selari dengan semangat #KitakanJiran Lotus’s Malaysia, beliau berharap masyarakat turut prihatin dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka agar mangsa terjejas mendapat bantuan sewajarnya.Sementara itu, Pengerusi MRA Selangor, Sharifah Nor Syed Mohamad berkata, bantuan yang disalurkan Lotus’sMalaysia ini sangat bermakna dalam usaha melancarkan inisiatif membantu rakyat terjejas."Apabila pihak Lotus’s menghubungi kita menyatakan hasrat untuk membantu mangsa-mangsa banjir, kami sangat hargai."Kami sangat berharap bantuan daripada pihak korporat untuk melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan ini," katanya.