Hujung tahun sememangnya waktu yang mencabar buat kebanyakan ibu bapa dalam merancang kelengkapan persekolahan anak-anak, terutamanya apabila sesi persekolahan tahun 2026 dijadualkan bermula lebih awal pada pertengahan Januari.Pakaian seragam, kasut, beg sekolah dan alat tulis, semuanya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit, khususnya bagi ibu bapa daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.Di sinilah Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) membuktikan peranannya sebagai antara inisiatif kerajaan yang paling dekat di hati rakyat.Sejak diperkenalkan, PJRM telah membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan harian seperti ayam, telur, minyak masak serta barangan basah dan kering pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.Melangkah setapak ke hadapan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan segmen khas PJRM Kembali Ke Sekolah, khusus untuk membantu ibu bapa membuat persiapan persekolahan sesi 2026.Langkah awal ini nyata tepat pada masanya, lebih-lebih lagi ketika ramai keluarga sedang merancang perbelanjaan hujung tahun.Tiada had pembelianMenariknya, tiada had pembelian dikenakan sepanjang penganjuran PJRM Kembali Ke Sekolah, sekali gus memberi ruang kepada ibu bapa membeli kelengkapan sekolah secara menyeluruh dalam satu kunjungan.Konsep ini menjadikan PJRM bukan sekadar jualan murah, malah berfungsi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) yang melengkapkan segala keperluan persekolahan anak-anak.Program ini dilaksanakan secara meluas di seluruh negara bermula 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026, selari dengan tempoh cuti sekolah dan fasa persiapan sesi persekolahan baharu.Dalam masa yang sama, jualan RAHMAH khas sempena musim perayaan iaitu PJRM Krismas turut giat dianjurkan sepanjang bulan Disember bagi memastikan keperluan rakyat untuk musim perayaan dan persekolahan dapat dipenuhi secara seimbang.269 siri PJRM Kembali Ke SekolahSepanjang tempoh penganjuran, sebanyak 269 siri PJRM Kembali Ke Sekolah disasarkan untuk dilaksanakan di seluruh negara dengan penglibatan pemain industri.Antaranya termasuk Canggih, Mydin, Pasaraya Lotus’s Malaysia, Pustaka Rakyat, Pasaraya Sakan serta beberapa gedung serbaneka terpilih di pelbagai negeri.Kerjasama strategik ini membolehkan pelbagai jenis barangan ditawarkan pada harga berpatutan dengan kualiti yang terjamin.Antara barangan yang terlibat merangkumi pakaian seragam sekolah seperti baju, seluar, songkok, stokin, tudung, skirt, baju kurung, pakaian dalam dan singlet.Turut ditawarkan ialah pakaian seragam kokurikulum termasuk t-shirt sukan, seluar trek serta aksesori badan beruniform.Selain itu, kelengkapan penting seperti beg sekolah, alat tulis, buku, folder, bekas makanan dan botol minuman turut disediakan, sekali gus menjadikan persiapan anak-anak lebih menyeluruh.Bagi memudahkan perancangan orang ramai, takwim dan lokasi PJRM sempena Krismas dan Kembali Ke Sekolah boleh diakses melalui portal rasmi KPDN serta saluran media sosial KPDN dan KPDN Negeri.Jadual ini sentiasa dikemaskini mengikut negeri bagi membantu pengguna merancang kunjungan ke lokasi terdekat.Orang ramai juga digalakkan mengikuti platform media sosial KPDN dan KPDN Negeri untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan kepenggunaan serta slot PJRM yang akan datang.Ringankan kos perbelanjaan keluargaLebih daripada sekadar inisiatif jualan, PJRM mencerminkan komitmen kerajaan dalam mendepani isu kos sara hidup melalui pendekatan whole of nation.Melalui PJRM Krismas, penganut agama Kristian dapat membuat persiapan perayaan dengan keterjaminan bekalan barangan keperluan pada harga yang berpatutan.Manakala PJRM Kembali Ke Sekolah pula menjadi bukti sokongan berterusan kerajaan terhadap pendidikan dan kesejahteraan generasi muda.Akhirnya, peluang ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa dan penjaga.Dengan perancangan yang bijak serta kehadiran ke PJRM Kembali Ke Sekolah, persiapan anak-anak bukan sahaja menjadi lebih menjimatkan, malah memberi keyakinan kepada pelajar untuk memulakan tahun persekolahan baharu dengan lengkap, selesa dan bermotivasi tinggi.Tambah baik kaedah pelaksanaan Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penganjuran PJRM Kembali Ke Sekolah 2026 mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat akses kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan."Melalui peruntukan Payung RAHMAH, KPDN akan terus memperkasa pelaksanaan PJRM dengan menambah baik kaedah pelaksanaan serta memperluas golongan sasar, khususnya ketika rakyat membuat persiapan penting seperti kemasukan anak-anak ke sekolah," katanya.Beliau menegaskan bahawa program ini bukan sekadar jualan murah, sebaliknya satu usaha berterusan dalam menangani tekanan kos sara hidup.Peluang inilah yang wajar dimanfaatkan oleh orang ramai sebaik mungkin demi persiapan anak-anak yang lebih teratur dan menjimatkan.Maklumat lanjut mengenai tarikh dan lokasi penganjuran PJRM Kembali Ke Sekolah boleh didapati dengan melayari laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah