Huffaz sebagai aset modal insan dalam masyarakat

SHAH ALAM - Huffaz bukan sahaja dianggap sebagai penjaga dan pemelihara al-Quran, malah mereka juga berperanan sebagai agen penyebar ilmu dan dakwah dalam masyarakat.Sejak penurunan wahyu al-Quran, hafalan dan pemahaman kalam Allah kekal terpelihara melalui generasi huffaz, yang memerlukan usaha, keikhlasan dan doa bagi memastikan legasi Qurani terus subur.Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PINTA dan Pengerusi Wifaqul Madaris Malaysia, Mohd Dailami Che Age berkata, seorang huffaz bukan sahaja bertanggungjawab memelihara dan mengekalkan hafazan al-Quran dalam ingatannya namun perkara yang lebihpenting ialah memahami isi kandungannya, mengamalkannya dan menyebarkan dakwah kepada masyarakat."Orang yang berjaya menghafaz al-Quran adalah sebuah anugerah dan pilihan Ilahi yang memerlukan usaha yang bersungguh sungguh, keikhlasan dan doa."Selain dari Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sijil yang dikeluarkan oleh institusi tahfiz khususnya institusi tahfiz swasta (sepenuh masa) perlu diperkasa agar penerimaannya lebih menyeluruh."Gabungan Institusi Tahfiz Al Quran Kebangsaan (Pinta) melalui Wifaqul Madaris mengembleng tenaga bagi menumpukan perhatian dan usaha kepada pengiktirafan sijil yang dikeluarkan oleh institusi tahfiz agar dapat mengikut standard yang mencapai tahap kualiti hafazan yang diperlukan dan ianya diiktiraf diperingkat nasional dan antarabangsa," katanya menerusi satu kenyataan.Beliau berkata, masih ada ruang dan jurang yang perlu diperkasa bagi memberi pengiktirafan dan pensijilan dalam meraikan mereka yang berjaya supaya segala usaha yang dicurahkan diperingkat pelajar, guru dan institusi tahfi z ini dapat kita letak ditempat yang selayaknya."Warisan Qurani yang kita warisi adalah merupakan sebuah legasi agung dari penurunan wahyu pertama Iqra’ yang mana asasnya dibina daripada 23 tahun kenabian Baginda Nabi Muhammad SAW."Dari warisan ini lahirnya generasi rabbani yang menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman hidup, mengamalkan dan menyebarkan nilainya untuk mencapai keredhaan ALLAH," katanya.Tumpuan kepada kerjaya huffaz pada masa depanBeliau berkata, Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam memperkasa kerjaya para huffaz."Ia merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi bukan sahaja menyediakan teknikal, tetapi juga membentuk tenaga kerja yang relevan dan berdaya saing dalam pasaran kerja yang mampu memupuk keusahawanan dan inovasi dalam kalangan lepasan institusi tahfiz."Kesedaran dan minat masyarakat terhadap perniagaan dan keusahawanan wajar dipupuk serta ditingkatkan khususnya dikalangan para huffaz."TVET telah membuka peluang kerjaya yang begitu luas bagi lepasan tahfiz yang majoritinya tanpa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus ke alam pekerjaan atau ke peringkat universiti," katanya.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, para huffaz yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran layak menerima SKM Tahap 5 setaraf diploma manakala menghafaz 20 juzuk al-Quran layak dikurniakan SKM Tahap 3 setara SPM.Para huffaz perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan selain mempelajari ilmu pengurusan perniagaan, penguasaan teknologi, pemasaran dan jaringan perniagaan.Peluang ini bukan sekadar retorika namun kita menyaksikan hari ini lebih banyak Institusi pengajian TVET yang membuka peluang kepada lepasan Tahfiz untuk menyambung pengajian mereka dalam pelbagai bidang yang disediakan.Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah NusantaraSementara itu, Mohd Dailami berkata, ribuan huffaz dari institusi tahfiz yang bernaung di bawah Pinta dijangka akan berkumpul di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak pada 21 Disember 2025 bermula jam 11 pagi sehingga jam 4.30 petang melalui program Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara."Program itu merupakan kesinambungan dari Majlis Himpunan 24,000 Huffaz yang telah diadakan pada 14 September tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan telah berjaya mengumpul seramai 24,000 huffaz dari seluruh negara," katanya.Beliau berkata, program bagi tahun ini dianjurkan oleh pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan bertemakan Warisan Qurani, Membina Generasi Rabbani dapat menyuburkan lagi majlis ilmu dalam kalangan masyarakat."Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan seperti persembahan Qasidah dan Tausiah Bicara Hati Umat menampilkan tokoh penceramah jemputan yang istimewa iaitu Ustaz Abdul Somad Batubara serta pameran dari pelbagai agensi seperti Majlis TVET Negara dan JAKIM.Para huffaz dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis yang akan dirasmikan oleh Ahmad Zahid.Majlis itu bertujuan memperkukuhkan perpaduan umat Islam disamping mengharapkan keberkatan dari ALLAH dan ia juga turut menjadi medan di mana para guru, mudir, tokoh agama dan ulama tanah air berkumpul untuk menyumbangkan pemikiran serta berkongsi kearifan dalam menempuhi cabaran mengusahakan institusi tahfiz.Pelbagai inisiatif diadakan antaranya Pelancaran Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) dan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) akan diberi taklimat oleh wakil JAKIM supaya para huffaz mendapat maklumat yang lengkap bagi program ini.Mengharapkan dengan kejayaan himpunan ini serta impak yang positif bagi pendidikan tahfiz dengan kehadiran ulama dan sokongan umara akan memberikan sumbangan yang signifikan bagi kemajuan dan kemuliaan institusi pendidikan tahfiz di negara kita.