Mayat wanita dalam beg: Mangsa, suspek dipercayai bertengkar kerana wang

SEREMBAN – Kejadian penemuan mayat seorang wanita yang ditanam di dalam beg di sebuah rumah kosong berhampiran Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, Khamis lalu dipercayai berpunca daripada pertengkaran melibatkan isu kewangan.Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek utama dipercayai terlibat dalam pertengkaran sebelum kejadian berlaku.Menurutnya, konflik tersebut dikatakan berpunca apabila mangsa dipercayai meminta wang daripada suspek."Suspek utama yang ditahan di Genting Sempah semalam baru sahaja direman pagi ini, justeru proses soal siasat masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian."Bagaimanapun, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek, dipercayai berkaitan permintaan wang oleh mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan dari pelbagai sudut bagi mendapatkan gambaran lengkap berhubung punca kejadian, termasuk kemungkinan motif lain yang berkaitan.Dalam perkembangan berkaitan, sebelum ini polis telah menahan dua lelaki masing-masing di Melaka dan Genting Sempah susulan penemuan mayat seorang wanita yang ditemui di dalam beg dan ditanam di sebuah rumah kosong di kawasan berkenaan.Sementara itu, Polis Daerah Ampang sebelum ini turut memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu, bagi membantu siasatan kes terbabit.