Bencana Banjir Aceh: Enam Rakyat Malaysia Selamat Pulang, Seorang Masih Hilang

SEREMBAN, 20 Dis – Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan terus memantau serta menangani situasi bencana banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, sumatera Utara dan Aceh, Indonesia. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata setakat semalam, tujuh rakyat Malaysia dikenal pasti terkandas akibat banjir, dan daripada jumlah itu seorang masih hilang manakala enam individu telah selamat pulang [...]