KUALA LUMPUR - Seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah agama di Kampung Pandan di sini ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang murid menjadi mangsa amang seksual.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada Jumaat."Suspek telah mengajar di sekolah itu kira-kira 11 tahun. Lelaki itu telah direman enam hari bermula Sabtu hingga Khamis bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.16 petang, Selasa lalu.Mangsa merupakan murid lelaki berusia 11 tahun.Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.