Sedekad menyulam cinta, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah berkahwin hari ini

SEOUL - Pasangan selebriti terkenal dari Korea Selatan, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah dilapor bakal melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada malam ini selepas 10 tahun menjalinkan hubungan romantis.Majlis perkahwinan kedua-dua pelakon terkenal itu dikhabarkan berlangsung di Hotel Shilla, Jangchung-dong di sini dalam suasana penuh eksklusif dan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.Perkara itu dimaklumkan agensi pengurusan mereka iaitu AM Entertainment menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan sekeping gambar Woo Bin dan Min Ah memakai busana pengantin ketika sesi potret praperkahwinan.Ia penampilan rasmi pertama mereka bersama sejak kempen Giordano hampir sedekad lalu dan kemunculan dalam drama berjudul 'Our Blues' memandangkan kedua-duanya memilih untuk menjalinkan hubungan cinta secara 'low-profile'."Hari ini, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin bakal disatukan sebagai suami isteri."Terima kasih tidak terhingga atas doa, restu dan sokongan hangat yang diberikan ketika kami memulakan perjalanan baharu ini."Kami berharap dapat membalas kasih sayang anda dengan terus memberikan persembahan terbaik melalui karya-karya kami pada masa akan datang. Terima kasih," kata agensi tersebut.Min Ah, 41, dan Woo Bin, 36, sebelum ini menulis kad jemputan bertulis tangan kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sebagai tanda penghargaan termasuk mengumumkan perkara itu kepada peminat serta penggemar K-Drama mereka.Pada 2017 susulan diagnosis kanser 'nasofaring', Woo Bin menghentikan kegiatan hiburannya buat sementara waktu demi fokus kepada rawatan penyakit kronik dihidapinya, sambil Min Ah setia menemani sepanjang tempoh itu.