Lelaki baling tukul besi pecahkan cermin pintu hadapan bank

KLANG – Seorang lelaki bertindak agresif dengan membaling tukul besi mengakibatkan cermin pintu masuk hadapan sebuah bank pecah dalam kejadian di Jalan Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi di sini pada Sabtu.Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalriffin Aman Shah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.30 pagi.Menurutnya, hasil siasatan mendapati insiden berkenaan dipercayai berlaku lebih awal iaitu sekitar jam 5.20 pagi pada hari sama."Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang berjalan kaki sambil menolak sebuah troli berhenti di hadapan bank terbabit."Suspek kemudian bertindak membaling tukul besi ke arah cermin pintu masuk sebelum beredar dari lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Kamalriffin berkata, suspek dipercayai seorang lelaki namun identitinya masih belum dapat dikenal pasti setakat ini."Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran," katanya.