Liga Super: JDT raih tiga mata berharga

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT), meraih tiga mata berharga di hadapan penyokong sendiri apabila menewaskan Kelantan The Real Warriors FC, 4-1, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Sabtu.Bermula garang sebaik wisel dibunyikan, JDT terus memberikan tekanan tinggi kepada lawan dengan mengatur asakan-asakan berbahaya ke gawang pelawat.Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan.Stadium Sultan Ibrahim akhirnya bergema pada minit ke-21 apabila Jairo Da Silva menanduk masuk gol sulung JDT.Bagai mendapat semangat baharu, kesebelasan Harimau Selatan dilihat semakin bersemangat mengasak ke gawang pelawat bagi menambah jaringan.Minit ke-42, giliran penyerang Teto Martin mencatatkan namanya sebagai antara penjaring gol pada perlawanan tersebut.Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan hingga tamat babak pertama.Bersambung babak kedua menyaksikan JDT semakin menggandakan asakan bagi melebarkan defisit jaringan.Hasilnya, Oscar Arribas meledak jaringan pada minit ke-52 sebelum Nazmi Faiz Mansor menjaringkan gol keempat pasukan pada minit ke-56.Dalamkeadaa n kelam kabut, pelawat berjaya menjaringkan gol menerusi jaringan kapten Nor Azam Azih pada minit ke-73.Penghujung perlawanan menyaksikan pelawat banyak mengatur asakan ke pintu JDT dalam usaha merapatkan jurang gol.Bagaimanapun, benteng skuad Harinau Selatan itu dilihat terus kental bertahan hingga ke wisel penamat.