PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan bahawa kaum atau warna kulit tidak pernah mendefinisikan atau mengehadkan pelaksanaan tugas beliau, sebaliknya rekod perkhidmatan, dasar dan hasil kerja menjadi ukuran sebenar dalam memikul amanah.Beliau berkata, isu perkauman yang dibangkitkan susulan pelantikan beliau dan Timbalan Menteri, Datuk Loh Su Fui tidak seharusnya mengaburi fokus utama pentadbiran Wilayah Persekutuan."Kaum ataupun warna kulit tidak pernah mendefinisikan atau mengehadkan kerja kami," katanya pada sidang akhbar hari pertamanya di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan di sini pada Isnin.Hannah berkata, sepanjang penglibatan beliau dalam politik dan pentadbiran sejak 2008, tumpuan sentiasa diberikan kepada dasar, pelaksanaan serta hasil kerja tanpa menjadikan faktor kaum sebagai penentu."Sejak 2008, sama ada sebagai ADUN Subang Jaya, Speaker Dewan Negeri Selangor, Ahli Parlimen Segambut, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau Menteri Belia dan Sukan, tumpuan saya sentiasa kekal kepada dasar dan pelaksanaan serta hasil kerja, dan bukan terhadap warna kulit saya," katanya.AKAN MENYUSUL