PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memberi jaminan bahawa kepentingan kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan termasuk Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru akan terus dipelihara di bawah pentadbiran beliau.Beliau berkata, pemeliharaan kampung tradisi merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian serius khususnya dalam landskap pembangunan bandar yang semakin pesat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan."Mengenai saya dan bagaimana kita jaga kampung-kampung tradisi orang Melayu di Wilayah Persekutuan, jangan risau."Boleh semak rekod, saya adalah Ahli Parlimen Kampung Sungai Penchala," katanya pada sidang akhbar hari pertamanya di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, di sini pada Isnin.AKAN MENYUSUL