KUALA LIMPUR - Kawalan keselamatan diperketatkan di pintu masuk utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sejak awal pagi Isnin susulan keputusan berkaitan Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak.Tinjauan Sinar Harian mendapati, pintu pagar utama keluar masuk kompleks ditutup sepenuhnya dengan hanya kenderaan pihak berkuasa, kakitangan mahkamah serta pihak yang dibenarkan sahaja dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.Laluan pejalan kaki turut dikawal rapi oleh anggota polis dan Angkatan Relawan Negara (RELA) dengan pemeriksaan identiti dijalankan terhadap orang awam sebelum dibenarkan masuk.Kawalan keselamatan berlapis turut dilaksanakan di pintu masuk lobi mahkamah menerusi kehadiran anggota polis dan RELA bersama penggunaan mesin pengimbas badan serta beg.Orang awam dan pihak berkepentingan yang memasuki bangunan mahkamah perlu melalui proses imbasan keselamatan dengan pemeriksaan dibuat secara berperingkat.Suasana di sekitar lobi mahkamah menyaksikan orang ramai beratur bagi melalui pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke dalam bangunan.Turut kelihatan beratur, adik kepada Najib iaitu Tan Sri Mohamed Nazir Abdul Razak yang dipercayai hadir ke mahkamah hari ini bagi menghadiri prosiding membabitkan abangnyaSetakat ini, lebih 100 penyokong berkumpul di luar pintu pagar utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sambil menunggu perkembangan keputusan mahkamah.