Penyokong Najib berkumpul luar mahkamah, tunggu keputusan tahanan rumah

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Penyokong tegar kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berada di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi pada Isnin bagi menantikan keputusan mahkamah berhubung permohonan untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu dilibat tiba di mahkamah dari Penjara Kajang sekitar jam 8.45 pagi.Ketibaan Najib itu turut disambut dengan laungan daripada penyokong seperti ‘Keadilan untuk Najib’, 'Lawan tetap lawan' dan ‘Bebas Bossku’ sebagai tanda solidariti terhadap bekas Presiden UMNO itu.Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman pemenjaraan lebih tiga tahun sejak 23 Ogos 2022 selepas dihukum penjara kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka beliau akan menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.Walau apa sahaja keputusannya kelak, kedua-dua pihak masih berpeluang untuk memfailkan rayuan bagi keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Pada 24 November lalu, Alice menetapkan 5 Januari tahun depan untuk menyampaikan keputusan itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan enam responden lain.Bagaimanapun, tarikh keputusan itu telah diawalkan kepada 22 Disember.Serentak prosiding berkenaan, mahkamah akan membuat keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili ahli politik itu.