KUALA LUMPUR - Harapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaksa kerajaan bagi melaksanakan Titah Adendum supaya dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah tidak kesampaian, apabila Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonannya pada Isnin.Hakim, Alice Loke memutuskan demikian mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri."Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat keputusan sendiri," katanya.Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman di Penjara Kajang lebih tiga tahun bermula 23 Ogos 2022 kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka dia akan menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.Walau apa sahaja keputusannya kelak, kedua-dua pihak masih berpeluang untuk memfailkan rayuan bagi keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Pada 24 November, Alice menetapkan 5 Januari tahun depan untuk menyampaikan keputusan itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan enam responden lain.Bagaimanapun, tarikh keputusan itu telah diawalkan beberapa hari menjelang cuti umum Krismas, iaitu 22 Disember.Serentak prosiding berkenaan, mahkamah akan membuat keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili ahli politik itu.Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memerintahkan permohonan berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kemudian telah memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.Menerusi perintah itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Bekas Menteri Kewangan itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu negara bagi menjalani baki hukuman penjara.Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.AKAN MENYUSUL