Abang mengaku sumbang mahram dengan adik kandung

KOTA BHARU - Seorang abang berusia 41 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik perempuannya yang berusia 25 tahun, minggu lalu.Tertuduh yang sudah beristeri dan juga bapa kepada seorang anak tersebut membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Tengku Shahrizan Tuan Lah.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya itu di sebuah rumah di Labok, Machang pada jam 10.30 pagi, 17 Disember lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perhubungan yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang dan hukum agama untuk berkahwin.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta hendaklah dikenakan sebat.Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Syafiqah Mohamad tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan tersebut adalah kesalahan tidak boleh dijamin.Hakim Tengku Shahrizan kemudian menegaskan mahkamah mengutamakan kepentingan keselamatan mangsa memandangkan hubungan kekeluargaan antara mereka."Saya perlu memastikan ada jarak yang jauh antara kamu kerana mangsa adalah adik kandung," katanya.Tertuduh berkerja sebagai pemotong rumput tersebut tidak diwakili peguam dan mengemukakan sebarang rayuan.Mahkamah menetapkan 21 Januari tahun depan untuk pendengaran fakta kes dan hukuman.