KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa kecewa susulan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum bagi menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 72, berkata, kekecewaan itu berpunca daripada isu berkaitan Titah Adendum yang masih belum diselesaikan meskipun telah berlarutan hampir dua tahun."Sudah tentu beliau (Najib) sangat kecewa. Keputusan Titah Adendum ialah pada 29 Januari 2024 dan sekarang (ia berlangsung) sudah dua tahun."Selama ini, kami telah disesatkan apabila kewujudan addendum dinafikan. "Kami memohon salinan asal Titah Addendum kerana ia penting untuk menentukan siapa yang memegangnya, bagaimana ia dikeluarkan dan siapa yang menyembunyikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.BERITA MENYUSUL